Thursday, October 12, 2023

Siri Bercakap Dengan jin

 Siri Bercakap Dengan Jin (SBDJ) adalah novel seram bersiri yang diterbitkan dalam majalah kecil Variasari sekitar April 1981- Januari 2005. Novel mistik ini telah mencetuskan fenomena pada tahun 1980-an. Hasil popularitinya, majalah Variasari pernah dicetak sehingga 120,000 naskhah sebulan. Syarikat penerbitan Variapop Group terletak di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur, dimiliki oleh Mustapa Ton. Variapop Group menerbitkan majalah hiburan Variasari dan Variapop. Selama hampir 30 tahun penulis Tamar Jalis menyembunyikan diri dari khalayak ramai. Akhirnya beliau keluar dari belantara sepi dengan nama sebenar Ahmad Mahmud atau Mohd Radzi Mahmud (73 tahun) berasal dari Beruas, Perak. Isteri beliau Maznah Mohd Isa berusia 63 tahun.[1]


Siri Bercakap Dengan Jin telah ditulis oleh Tamar Jalis/Ahmad Mahmud dalam 284 siri dalam tempoh 23 tahun 6 bulan. Ia merupakan satu rekod Malaysia. Ada yang membandingkannya dengan penulis JK Rowling menerusi Harry Potter. Sebenarnya Siri Bercakap Dengan Jin berbentuk memoir autobiografi Tamar Jalis dengan datuknya Kulup Muhamad Diah @ Long Mat Piah. Enam puluh peratus kandungannya berdasarkan kisah benar dan pengalamannya dengan datuknya pada zaman kanak-kanak mahupun remaja. Idea untuk menulis novel mistik SBDJ ini adalah untuk menaikkan jualan majalah Variasari. Ketika itu beliau berusia 40-an dan mahu serius dalam penulisan. Beliau merasakan perlu merakamkan pengalamannya mengikuti datuknya, seorang pengamal perubatan tradisional di sekitar negeri Perak. Pengalaman melihat dan mendengar suara makhluk halus khususnya daripada individu yang dirasuk jin memberi idea untuk beliau menulis. Rumahnya bersebelahan dengan rumah datuknya dan menjadi cucu kesayangan. Setiap kali datuknya pergi mengubat mereka yang kerasukan jin, cucu itu akan dibawa bersama.


Cetak semula dalam bentuk novel

Syarikat penerbitan Nafiela Books telah mengambil inisiatif untuk menerbitkan Siri Bercakap Dengan Jin dalam bentuk novel jilid 1 hingga 18.Jilid 1 sebanyak 50,000 naskhah. Setiap jilid novel SBDJ mengandungi 24 siri.[2] Ketua Pegawai Eksekutif Nafiela, Encik Syamreen Azam Shafie menyatakan novel Siri Bercakap Dengan Jin akan diterjemahkan ke bahasa Inggeris.


Tamar Jalis di TV1

Pada 4 Ogos 2011, program Selamat Pagi Malaysia, TV1 telah menjemput Tamar Jalis/Ahmad Mahmud ke studio untuk ditemubual dan bersoaljawab dengan peminat. Temubual ini sempena Wacana dan Pameran Siri Bercakap Dengan Jin di Ipoh, Perak pada Jun 2011.


Wacana dan Pameran Siri Bercakap Dengan Jin

Wacana dan Pameran Siri Bercakap Dengan Jin telah diadakan di Ipoh, Perak pada 20 Jun 2011. Beberapa kertas kerja telah dibentangkan oleh pensyarah dari UPSI, USM, IPG Kampus Ipoh dan Presiden Persatuan Karyawan Pk. Mereka membicarakan tentang sejarah, kembara, geografi, petua, kisah benar, psikologi, sosio budaya Melayu serta alam bunian dan jin di Malaysia khususnya di Perak yang disentuh oleh penulisnya.


Pameran SBDJ telah diadakan di Perbadanan Perpustakaan Awam Perak, Ipoh dari 16 Jun hingga 16 Julai 2011.[3] Majlis itu dimeriahkan oleh perasmian Dato' Zainol Fadzi Paharudin selaku EXCO Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan Negeri Perak.


Antara pembentang wacana ialah Ketua Jabatan Kesusasteraan, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Datuk Dr Rosli Saludin; Pensyarah Kesusasteraan UPSI, Prof Madya Dr Talib Samat dan Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Mohd Afandy Yusof dan Presiden Persatuan Karyawan Perak [Karyawan Pk], Hj Zabidin Ismail.[4]


Siri TV Bercakap Dengan Jin.

Pada tahun 2015, siri Bercakap Dengan Jin telah ditayangkan di saluran Astro Mustika HD dan Astro Bella. Siri ini diterbitkan oleh Datuk Yusuf Haslam dibawah Skop Productions, dan diarahkan oleh Londo Zawawi dan C. Kumaresan. Drama bersiri ini berjumlah 13 episod. Siri ini dibintangi oleh Datuk Rahim Razali sebagai Atuk, dan Zakaria bin Ahmad sebagai Tamar (dewasa).

tamar jalis

 Tamar Jalis (lahir Mohd Radzi Mahmud; 13 September 1940–26 Ogos 2018) merupakan seorang penulis dan pengarang Malaysia, terkenal dengan karya bergenre seram. Beliau terkenal dengan Siri Bercakap Dengan Jin(SBDJ). Beliau tidak lagi menulis atau bekerja di syarikat penerbitan. Dahulu beliau ketua pengarang di sebuah syarikat penerbitan majalah popular di Malaysia.[1] Sepanjang kerjayanya, Tamar telah menghasilkan novel dan cerpen dan pernah memiliki syarikat penerbitan sendiri selama dua tahun di Ipoh. Beliau juga menjadi kolumnis untuk akhbar Suara Merdeka dengan siri 'Tepi Jalan' dan di akhbar Watan dengan siri 'Ciri-ciri Hidup'. Beliau aktif dalam Lembaga Pembangunan Sastera Perak (LEPAS) ; Persatuan Wartawan Hiburan (EJA); dan Persatuan Wartawan Melayu.


Biografi

Nama sebenar Tamar Jalis ialah Ahmad Mahmud atau Ahmad @Mohd.Radzi Mahmud.[2][3] Ahmad Mahmud dilahirkan pada 13 September 1940 di Kampung Batu 36, Jalan Sitiawan, Beruas, Perak. Beliau bersekolah di Sekolah Teknik, Ipoh - bidang tukang kayu dan binaan. Kemudian menjadi Juruteknik Rendah di sebuah jabatan kerajaan selama tiga bulan (1959). Seterusnya menjadi buruh kereta api KTMB selama lima hari. Awal tahun 1960, Ahmad Mahmud beralih menjadi buruh kasar membina jana elektrik di Cameron Highland.[perlu rujukan]


1960, beliau menjadi Pemberita Sambilan untuk akhbar Warta Negara, Utusan Melayu, Berita Harian dan beberapa majalah hiburan di Singapura di samping berniaga. Ahmad Mahmud berkhidmat dengan tentera Wataniah (1964-1966). Beliau dilantik sebagai kerani pengedaran di Utusan Melayu, Berhad, cawangan Ipoh (1970-1977).


Apabila berhijrah ke Kuala Lumpur, beliau dilantik sebagai penyunting akhbar Harian Watan (1977-1979). Kemudian sebagai editor majalah terbitan Penerbitan Adabi seperti Widya, Aktual dan Rintis (1980). Pada tahun 1981, Ahmad Mahmud dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Variapop Sdn Bhd yang menerbitkan majalah Variapop, Variasari dan Famili.[perlu rujukan]


Di sebalik nama Tamar Jalis

Seorang lagi penulis yang menggunakan nama 'Tamar Jalis' ialah A Jalil Miran, bekas wartawan tabloid Buletin Rakyat dan Buletin Utama, dikenali dengan cerita seram dan hantu selain sensasi hiburan yang dihasilkannya. Isteri Jalil Miran, Faridah Lah Omar, 46 menyatakan A Jalil Miran telah meninggal dunia pada usia 57 tahun kerana sakit jantung. Jalil Miran turut menulis untuk Variasari dan Variapop dan hal ini diakui sendri oleh Ahmad Mahmud.[4][5]


Nama Tamar Jalis seolah-olah misteri seperti juga nama Tok Awang Ngah. Akan tetapi nama Tok Awang sudah diketahui. Dia adalah Abdul Muluk Daud/ Dharmala N.S. . Bagaimana dengan Tamar Jalis yang juga "seperguruan" dengan Tamar Jalis ? .Mereka berdua pernah mengendalikan majalah Varia Filem, terbitan Variapop, tahun 70-an.


Ramai pembaca tidak tahu siapa latar belakangnya . Masa berubah, sudah tiba masanya nama ini didedahkan untuk mengelakkan kekeliruan. Ahmad Mahmud menggunakan beberapa nama samaran.[perlu rujukan] Antaranya ialah Tamar Jalis , Atma AM dan Ramadan A.M . Tamar Jalis ialah anak jin kafir dan watak ini terdapat dalam Hikayat Inderaputera.


Bakat menulis cerpen

Sejak 1955 beliau telah menulis di Utusan Kanak-kanak danTunas. Cerpen dewasanya yang pertama tersiar dalam majalah Mutiara pada tahun 1958 berjudul “Berhari Raya di Kampung”. Cerpen-cerpennya tersiar dalam pelbagai majalah seperti Dewan Bahasa, Dewan Sastera,Dewan Masyarakat , Mastika dan Widya. Akhbar tempatan juga menyiarkan cerpennya, seperti Berita Minggu, Utusan Zaman, Mingguan Malaysia dan Watan.


Beliau pernah menyertai dan menang menerusi Peraduan Menulis Cerpen Berita Harian. Ketika itu beliau mendapat RM300 hasila cerpen tulisannya.Cerpen itu bertajuk 'Kalau dah gila nak berbini', 'Ulam jering sambal tempoyak' dan 'Pencari rotan'.


Cerpen “Menanti Ayah”(1971) dan “Samad Toja” (Mingguan Malaysia, 26 Mei 1974) telah memenangi Hadiah Karya Sastera 1970-an. Cerpen “Samad Toja” termuat dalam Antologi Hadiah Karya Sastera 1974 terbitan DBP(1976) iaitu di halaman 43 hingga 51. Panel Hadiah Karya Sastera(1974) menyatakan b ahawa ceepen “Samad Toja” menceritakan kisah seorang tua yang memegang teguh kepada kepercayaan terhadap kuburan datuknya yang dianggap keramat. Samad Toja sanggup mati kerana mempertahankan kepercayaannya.Cerita diselesaikan secara ironis dengan Samad Toja terselamat sedangkan pemuda yang cuba menyelamatkannya mati menjadi korban di suraunya.


Cerpen “Jaril,Jangan Tinggalkan Emak” (Dewan Bahasa, September 1973),” Paman”(Dewan Sastera, Januari 1977) dan “Cincin Berlian Bermata Dua”(Dewan Sastera,April 1980) dimuatkan oleh Hamzah Hamdani dalam antologi 'Di Bawah Bayang Kemboja' (DBP,1981). Cerpen “Paman” termuat dalam antologi 'Suatu Subuh Yang Bening' selenggaraan Othman Puteh dan Ramli Isin (Fajar Bakti - 1980an). Antologi ini menjadi teks kesusasteraan Melayu peringkat SPM 1980-an.


Novel

Antara novel beliau ialah 'Pucuk-pucuk Yang Mati'(1967), 'Lorong-lorong Hitam' (1969) dan 'Rumah Urut' (1970). Kajian oleh Hamzah Hamdani mendapati banyak novelnya berkisar tentang seks.(1981:44). Ahmad Mahmud menggunakan nama samaran Atma A.M untuk menulis novel bercorak percintaan. Novel 'Bukan lmpian Hati' (Variapop Group; 1987 187 hlm).Novel 'Bukan Impian Hati (2)' menggunakan nama Atma A.M (Variapop Group;1988 ; 111 hlm).


Dengan nama samaran Ramadhan A.M , beliau menulis novel 'Kasihku,Sewangi Cempaka' (1988 - 127 hlm).Novel 'Kukirim Rindu Untukmu' (Variapop Group;1988;127 hlm)


Pucuk-pucuk yang Mati (1967)

Lorong Hitam (1969)

Rumah Urut (1970

Selembut Bayu Pagi (1980)

Selembut Angin Senja (1984)

Sejambak Mesra, Seluas Rindu (1984) – Novel ini telah dijadikan drama tv untuk slot Citraneka sebanyak tiga siri yang ditayangkan di TV (RTM) dalam bulan Februari dan Mac 1992.

Kukirim Rindu Untukmu (1988)

Kasih Sewangi Cempaka (1988)

Sebening Sinar Matamu (1987)

Ku Nanti di Pelabuhan Kasih (1987)

Di sini Cintaku Berbunga (1987)

Sebening Sinar Matamu (1987)

Ketika Rindu Datang (1987)

Seraut Wajah Kekasih (1986)

Siri Bercakap Dengan Jin

Novel 'Siri Bercakap Dengan Jin'(SBDJ) tersiar dalam majalah Variasari dari April 1981 hingga Januari 2005. Siri novel ini adalah yang terpanjang di Malaysia, Asia Tenggara dan antarabangsa. Beliau menggunakan nama samaran Tamar Jalis. Pada 1980-an, majalah Variasari pernah dicetak 120,000 naskhah sebulan mengatasi majalah Mastika terbitan Utusan Melayu. Beliau menghasilkan novel ini dari April 1985 hingga Januari 2005 iaitu selama 23 tahun enam bulan.


Penulis Zabidin lsmail selaku Presiden Persatuan Karyawan Perak menyatakan bahawa 'Siri Bercakap Dengan Jin' merupakan siri cerita kreatif Melayu yang terbanyak dan paling lama bersiaran dalam sebuah majalah di Malaysia.[perlu rujukan] 221 siri telah dibukukan dengan pelbagai tajuk dan paparan corak kulit yang menarik lagi menyeramkan,termuat dalam 16 buah buku.Sebuah buku SBDJ mengandungi kira-kira 24 siri. Namun demikian terdapat sebanyak 63 siri iaitu siri 222 hingga 284 belum lagi dibukukan.


Kajian Prof. Dr. Adnan Nawang menganggarkan bahawa SBDJ tercetak lebih sejuta naskhah. Namun novel ini banyak dicetak rompak . SBDJ mempunyai 63 siri iaitu 222 hingga 284 belum lagi dibukukan.


SBDJ memaparkan kisah hantu, jin dan makhluk halus dalam kehidupan masyarakat Melayu. Ia memaparkan sosio-budaya, psikologi, falsafah, petua, perubatan tradisional, mistik, keagamaan, seni persilatan, kebatinan, sejarah tempatan, geografi, pemburuan, pengembaraan di Tanah Melayu dan Sumatera (Jambi, Kerinchi, Bangkahulu dan Aceh) serta kepakaran menundukkan makhluk halus.


Kelainan novel ini ialah ia memaparkan kisah benar atau separuh benar yang dialami oleh penulis Ahmad Mahmud atau 'Tamar Jalis'. Tamar Jalis bercerita tentang kehebatan datuknya (Kulup Muhamad Diah @ Long Mat Piah) .Penulisan bercorak memoir atau autobiografi ini dipercayai oleh pembaca kerana watak-watak yang disebut memang wujud. Contohnya kehebatan Pak Itam di Kampung Gajah.


Sebenarnya Ahmad Mahmud[perlu rujukan]/ Tamar Jalis menulis SBDJ atas permintaan kawannya Datuk Mustafa Ton seorang penerbit / penulis majalah Variasari. Pejabat Variasari terletak di Jalam Raja Alang, Kuala Lumpur. Mustafa Ton melantik Ahmad Mahmud sebagai Ketua Pengarang Variapop Group dan sebagai jalan meningkatkan pengedaran, SBDJ telah diusahakan dan terbukti berjaya. Malah majalah Mastika yang dikendalikan oleh Zainol Fakir juga mendekati cerita seram.


Edaran Variasari pernah menyaingi majalah Dewan Masyarakat yang ketika itu membongkar kisah hidup Shamsiah Fakih sehingga penulisnya Datin Fatini Yaacob menyiasat hingga ke negara China.Majalah Variasari tersebar ke negara Singapura, Selatan Sumatera dan Brunei Darussalam.


Siri Bercakap Dengan Jin' dianggap sebagai karya klasik setanding dengan Misa Melayu ([Raja Chulan Abdul Hamid), Anggun Cik Tunggal, Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Malim Deman, Hikayat Raja Muda dan Hikayat Malim Dewa (oleh Pawang Ana dan menjadi magnum opus atau karya agung bagi negeri Perak.


Wacana

Persatuan Karyawan Perak telah mengadakan wacana khas bertajuk 'Siri Bercakap Dengan Jin' pada 20 Jun 2011 di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Perak,Jalan Raja Di Hilir, lpoh, Perak. 10 kertas kerja telah dibentangkan. Wacana ini anjuran bersama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Perak, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak,Yayasan Perak dan Persatuan Karyawan Perak dan Kerajaan Negeri Perak.


Antara kertas kerja yang dibentangkan ialah :


“Biografi dan Sumbangan Tamar Jalis Dalam Kesusasteraan Melayu” (Zabidin Hj.lsmail, Presiden Persatuan Karyawan Perak)

“ Strategi, Teknik Naratif dan Memoir Dalam SBDJ”(Prof.Madya Dr.Talib Samat/Timbalan Presiden Persatuan Karyawan Perak)

“Alam Nusantara Dalam SBDJ”(Dr.Bazrul Bahaman,UPSI)

“SBDJ:Psikologi Spiritual Dari Sudut Pandangan Sufi”(Dr.Mohd Affandy Yusof,USM)

“SBDJ Sebuah Karya Sastera” (Kamarul ,IPG Hulu Kinta,Perak)

“Alam Bunian dan Jin Dalam SBDJ” (Prof.Madya Datuk Paduka Dr.Mohd.Rosli Saludin,UPSI)

“Perubatan Tradisional Dan Persilatan Melayu Dalam SBDJ”(Ustaz Ahmad Tajudin Arshad)

“Unsur- Unsur Sejarah Tempatan Dalam SBDJ”(Mohd Zamberi Malik)

“Penilaian Kritis Tentang Jampi,Petua dan Mantera Dalam SBDJ”(Mohamad Paris Arshad, IPG Hulu Kinta,Perak)

“Kisah-kisah Benar Dalam SBDJ”(Zainal Ariff bin Mat,IPG Kampus Perlis).

Dokumentari The Making of SBDJ sedang diusahakan bagi merakamkan lokasi-lokasi khususnya di Perak, Malaysia dan Sumatera berkaitan dengan 'siri Bercakap Dengan Jin' ini.[6]


Meninggal dunia

Beliau telah kembali ke rahmatullah pada 26 Ogos 2018 di kediaman beliau pada jam 9.30 pagi.[7]

Filem Raja Bersiong

 Raja Bersiong (Tulisan Jawi: راج برسيوڠ ), ialah nama gelaran bagi seorang Raja negeri Kedah yang berpusat di Lembah Bujang. Negeri Kedah pada masa ini ialah sebahagian daripada Kerajaan Sriwijaya. Nama sebenar baginda ialah Raja Ong Maha Perita Deria. Baginda merupakan raja keempat daripada keturunan Merong Mahawangsa.


Raja zalim

Baginda ialah seorang raja yang zalim dan ditakuti rakyat. Sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang negeri, akan ditangkap dan dipenjarakan atau dibunuh oleh pengawal atau panglima Raja Bersiong.


Tumbuh siong

Baginda amat gemar memakan masakan gulai bayam. Pada suatu hari, Baginda telah pergi berburu. Tukang masak Baginda seperti biasa telah ditugaskan untuk memasak gulai bayam. Tukang masak ini suka berangan-angan, tanpa disedari beliau telah terpotong jarinya sendiri. Darah dari jarinya telah termasuk ke dalam periuk gulai bayam yang akan dihidangkan kepada Raja Bersiong. Tukang masak ini telah menyembunyikan hal ini daripada pengetahuan orang lain kerana tiada masa untuk menggantikan masakan ini dengan masakan yang lain. Apabila pulang daripada perburuan, Raja Bersiong terasa amat lapar dan terus sahaja bersantapkan nasi berlaukkan gulai bayam bercampur darah tadi. Baginda terasa kelainan pada masakan gulai bayam kali ini. Masakannya terasa amat enak. Baginda telah bertanya kepada tukang masak tentang hal ini. Tukang masak telah mengaku akan kesalahannya membiarkan Baginda santap masakan yang telah bercampur dengan darah manusia. Baginda kemudian telah menitahkan pengawal memancung dan membunuh musuh-musuh baginda yang dipenjarakan. Seorang banduan akan dihukum pancung dan darahnya akan dikumpulkan dalam satu bekas dan dimasukkan ke dalam masakan gulai bayam untuk santapan Raja Bersiong.


Sejak hari itu, Raja Bersiong tidak boleh hidup tanpa menyantap darah manusia setiap hari. Habis banduan di dalam penjara yang dipancung dan diambil darahnya. Sesudah penjara Baginda kosong, Raja Bersiong menitahkan para pengawal untuk menculik kanak-kanak yang tidak bersalah. Kanak-kanak ini dibunuh dan darah mereka diambil untuk disantap oleh Raja Bersiong. Penduduk negeri berasa sangat marah akan baginda, tetapi mereka takut untuk berbuat apa-apa. Pada suatu malam, dua batang taring atau siong telah tumbuh di dalam mulut Raja Bersiong kerana kegemaran Baginda menyantap darah. Raja Bersiong berasa sangat bangga. Baginda mahu musuh-musuh takut kepada Baginda dan rakyat jelata berasa hormat kepada Baginda. Sementara itu, Baginda terus menangkap kanak-kanak dan rakyat yang tidak bersalah untuk dibunuh dan diambil darah mereka.


Pemberontakan

Sekumpulan nelayan telah memberontak dan menyerang istana Raja Bersiong, tetapi mereka telah dikalahkan oleh tentera Raja Bersiong. Salah seorang nelayan yang terkorban ini ialah adik kepada salah seorang menteri Raja Bersiong. Menteri ini terkenal di kalangan orang istana dan rakyat. Menteri ini berasa amat dukacita akan kematian adiknya. Beliau kemudiannya telah menunggu Raja Bersiong pergi ke hutan untuk berburu bersama seratus orang pengawalnya. Menteri ini telah mengumpulkan bala tentera yang berjumlah beribu-ribu orang untuk memberontak dan mengusir keluar Raja Bersiong. Apabila Raja Bersiong pulang daripada perburuannya, beliau terkejut melihat ramai tentera yang telah mengepungnya diketuai oleh Menteri. Baginda mengarahkan pengawal-pengawal untuk bertarung dengan tentera pemberontak yang diketuai oleh Menteri, tetapi pengawal-pengawal telah belot dan menyertai tentera menteri. Baginda menjadi takut kerana tinggal berseorangan lalu telah melarikan diri ke dalam hutan. Baginda telah mangkat di dalam hutan tersebut.


Tempat yang dikaitkan dengan Raja Bersiong


Tidak ada orang yang boleh hidup selama itu untuk mengesahkan pekara di bawah. Oleh itu, bahagian ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. Sila bantu dalam memperbaiki Tidak ada orang yang boleh hidup selama itu untuk mengesahkan pekara di bawah. Oleh itu, bahagian ini dengan menambahkan rujukan ke sumber-sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dan dipadam.

Cari sumber: "Raja Bersiong" – berita · akhbar · buku · sarjana · JSTOR (Ketahui cara dan masa untuk membuang pesanan templat ini)

Kisah Raja Bersiong sebenarya banyak disulami dengan cerita lisan daripada masyarakat khususnya daripada kalangan warga emas. Menurut cerita lisan seorang penduduk warga tua[nyatakan menurut siapa?] di kaki Bukit Choras. dia menyatakan bahawa Bukit Choras, Guar di Kedah mempunyai anak sungai yang pernah disinggahi saudagar dari negara China. Dikatakan Raja bersiong pernah bersemayam di Bukit Choras.[perlu rujukan]


Tempat lain seperti di Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah, diceritakan mempunyai sebuah istana Raja Bersiong di atas sebuah bukit di mana terdapat air terjun. Air terjun ini menembusi satu lubang batu sedalam sebatang buluh. Atas sebab inilah Kampung Tikam Batu mendapat namanya.


Satu lagi tempat yang dikaitkan dengan Raja Bersiong ialah Bukit Penjara, Pantai Merdeka, Kota Kuala Muda, Kedah.[perlu rujukan] Di atas bukit ini dikatakan ada struktur binaan penjara Raja Bersiong untuk menyimpan tahanan. Struktur tapak bangunan penjara dan rumah menteri masih boleh dilihat di atas bukit ini.


Dikatakan juga Raja Bersiong menyembah berhala Hindu yang diperbuat daripada emas. Berhala ini dibawa ke India pada era pemerintahan zaman British. (Abdul Halim bin Abdul Ghani, Saujana Agriculture and Soil Consultancy, Pasar Mini Saujana Tikam Batu).[perlu rujukan]


Menurut suntingan wartawan Megat Lutfi Megat Rahim dan Ahmad Syahir Kassim daripada akhbar Kosmo, akhbar bahasa Melayu di Malaysia, dalam seksyen Jurnal halaman 42, bertarikh 30 Oktober 2011, ada dilaporkan bahawa mereka telah menemui beberapa orang sejarawan dari negeri Kedah untuk bertanyakan tempat bersemayamnya Raja Bersiong. Menurut seorang warga emas yang menetap di Taman Tabung Haji, Kepala Batas, Jitra, Kedah, Abdul Rahim Ahmad, ramai orang mengaitkan Istana Tengku Kudin di Kepala Batas, Kedah sebagai Istana Semayam Raja Bersiong, namun tiada kesahihan yang dapat dipastikan daripada dakwaan tersebut.

Shaw Brothers

 

Shaw Brothers (HK) Ltd. (Bahasa Cina: 邵氏片場; juga dikenali sebagai Shaw Brothers Studio) ialah syarikat penerbitan filem Hong Kong yang beroperasi dari 1925 sehingga 2011.[2]


Pada tahun 1925, tiga Shaw bersaudara—Runje, Runme, dan Runde—mengasaskan Syarikat Filem Tianyi (juga dipanggil "Unique") di Shanghai, dan menubuhkan pangkalan pengedaran filem di Singapura, di mana Runme dan adik bongsu mereka, Run Run Shaw, menguruskan pendahulu kepada syarikat induk, Shaw Organisation. Runme dan Run Run mengambil alih perniagaan penerbitan filem syarikat saudaranya yang berpangkalan di Hong Kong, Shaw & Sons Ltd, dan pada tahun 1958 sebuah syarikat baharu, "Shaw Brothers," telah ditubuhkan. Pada tahun 1960-an, Shaw Brothers menubuhkan sebuah studio milik persendirian terbesar di dunia, Movietown.


Karya terkenal syarikat ini termasuk The Love Eterne, The One-Armed Swordsman, Come Drink with Me, King Boxer, Executioners from Shaolin, Five Deadly Venoms, dan The 36th Chamber of Shaolin.


Selama bertahun-tahun syarikat perfileman itu menghasilkan sekitar 1,000 filem, dengam beberapa daripadanya menjadi filem berbahasa Cina yang paling popular dan penting dalam tempoh itu. Ia juga mempopularkan genre kung fu filem. Pada tahun 1987, syarikat itu menggantung penerbitan filem untuk menumpukan perhatian kepada industri televisyen melalui anak syarikatnya, TVB. Penerbitan filem disambung semula dalam kapasiti terhad pada tahun 2009.


Pada tahun 2011 Shaw Brothers telah disusun semula menjadi Clear Water Bay Land Company Limited; perniagaan penerbitan filemnya telah diambil alih oleh syarikat lain dalam konglomerat Shaw.


Warisan

Pengarah


Runje Shaw, Ketua Shaw Brothers dikenali melalui filem Empayar

Studio Shaw Brothers terkenal bagi pengarahnya King Hu, Lau Kar-leung dan Chang Cheh. King Hu merupakan pengarah awal yang paling dikenali bagi filemnya Come Drink with Me, filem seni bela diri yang berbeza dari filem Chang Cheh dari segi ia menonjolkan protagonist wanita dan mengenai percintaan dalam dunia seni bela diri, berbanding aksi pantas dan kisah persaudaraan kepahlawanan yang dipopularkan oleh Chang Cheh. Chang Cheh, yang lebih gemarkan komponen tersebut, akan terus menjadi pengarah Studio Shaw Studios paling dikenali dengan filem seperti Five Deadly Venoms, Brave Archer (berasaskan karya Jin Yong), The One Armed Swordsman, dan klasik lain dari Wuxia dan filem Wushu. Hampir sama juga terkenal adalah penyelaras koreografer pertarungan menjadi pengarah Lau Kar-leung, yang kan menghasilkan filem kung fu yang diakui seperti The 36th Chamber of Shaolin dan Eight-Diagram Pole Fighter.


Pelakon

Shaw Brothers merupakan studio yang dimodel menurut sistem Hollywood klasik dengan beratus-ratus pelakon menandatangani kontrak eklusif. Ketika studio lain mengilir sejumlah besar pelakon berlakon, Shaw Brothers menempatkan kumpalan pelakon tertentu untuk berlakon secara eklusif denganpengarah tertentu. Kumpulan ini sejak 1978 menghasilkan Lima Racun Berbisa—yang dikenali dengan gelaran tersebut—antara yang paling diingati. Lima filem tersebut adalah Lo Mang, Lu Feng, Sun Chien, Chiang Sheng dan Kuo Chui, yang telah menjadi bintang di studio Shaw selama beberapa tahun, tetapi tidak begitu terkenal sehingga Lima Racun Berbisa. Wei Pai, yang berlakon sebagai Ular (dirujuk "Nombor Dua" sepanjang filem "Lima Racun Berbisa") juga merupakan sebahagian Venom Mob yang berjumlah 15 pelakon yang muncul hampir keseluruhan filem Venom.


Pada pertengahan pertama 1970-an dua bintang lain yang dikenali ramai dan digemari oleh Chang Cheh dalam filemnya: Ti Lung dan David Chiang. Ti Lung dianggap sebagai salah seorang jika tidak yang paling hensem pelakon seni bela yang terdapat di Studio Shaw, tetapi juga diakui sebagai pelakon berkemampuan yang mengukuhkan kemashyuran ototnya dengan perwatakannya dalam banyak filemnya. Chiang disebaliknya diperlekeh dan kelakar dan sering berlakon sebagai lawan hero sakarstik berbanding archetaip piwaian Lung. Pada pertengahan dekad kedua mereka diatasi oleh kebangkitan Alexander Fu Sheng yang melakonkan peranan sokongan bertentangan dengan mereka banyak kali. Fu akhirnya terbunuh dalam kemalangan kereta pada 1983, pada usia 28, mengakhiri kerjaya melonjak yang mengkagumkan.


Ahli Sekolah Opera Peking, termasuk Jackie Chan, Yuen Biao dan Sammo Hung, berlakon tambahan dan kecil dalam beberapa filem Shaw Brothers pada tahun 1970-an, sungguhpun mereka jelas tidak dikenali pada masa itu.


Shaw Studios tidak begitu dikenali bagi pelakon wanita kerana kecenderungan Chang Cheh bagi kisah hubungan kepahlawanan, dan kononnya pengarah Mona Fong benci pelakon wanita cantik. Walau bagaimanapun, pelakon wanita seperti Li Li-hua, Ivy Ling Po, Lin Dai, Betty Loh Ti, Cheng Pei-pei, Lily Li, dan Tien Niu muncul dalam filem Shaw. Cheng Pei Pei terutamanya terkenal bagi peranan nya dalam Come Drink with Me arahan King Hu, dan Crouching Tiger, Hidden Dragon sebagai Jade Fox, arahan Ang Lee.


Pengaruh

Filem-filem yang dihasilkan oleh Shaw Brothers Studio sangat popular di kalangan masyarakat Cina di Hong Kong dan Asia Tenggara dan ia akan mempunyai pengaruh yang ketara kepada pembikin filem kemudian, terutamanya dalam genre Kung fu. Filem-filem ini juga sampai ke Barat dan popular buat seketika pada tahun 1970-an, dan mempunyai pengaruh terhadap pembikin filem seperti Quentin Tarantino, yang memberi penghormatan kepada studio dengan memaparkan logo mereka dalam filem Kill Bill: Volume 1 dan 2 dan mengadaptasi gaya beberapa filem mereka.[3]


Pemerolehan dan pengedaran Celestial Pictures

Banyak filem klasik Shaw Brothers telah dirampas kerana populariti tajuk kung fu/seni mempertahankan diri. Celestial Pictures memperoleh hak ke atas legasi Shaw Studio dan mengeluarkan, dalam DVD, 760 daripada hampir 1,000 filem dengan kualiti gambar dan bunyi yang dipulihkan. Kebanyakan DVD ini telah mendapat kontroversi, walau bagaimanapun, untuk mengadun semula audio dan tidak termasuk runut bunyi mono asal.


Shaw Studios

Tapak Clearwater Bay di Clearwater Bay Road dan Ngan Ying Road ialah bekas rumah Shaw Studio (dibina 1960–1961), serta ibu pejabat dan studio TVB yang dikosongkan (1986–2003, sejak dipindahkan ke TVB City) dan Celestial Pictures.[4] Terdapat juga blok pangsapuri yang digunakan untuk menempatkan pelakon Shaw. Rumah Shaw dan Vila Shaw yang lebih baharu ada di sana. Tapak ini telah kosong sejak 2003,[5] dan telah disasarkan untuk pembangunan semula beberapa kali sejak 2006.[6] Pada tahun 2015, Lembaga Penasihat Antikuiti Hong Kong mengisytiharkan keseluruhan kompleks studio sebagai tapak yang mempunyai kepentingan budaya, dan rancangan pembangunan semula seterusnya telah memasukkan langkah untuk memulihkan dan memelihara struktur sedia ada.[6]


Shaw Studios yang baharu (perhatikan kata jamak s) telah dibina di Kawasan Perindustrian Tseung Kwan O, dan dibuka secara berperingkat antara 2006 dan 2008.

Seniman

 Persatuan Seniman Malaysia atau Seniman ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan nasib para seniman di Malaysia, ditubuhkan pada 1974 oleh Zainuddin Zimbo. Sehingga Jun 2012, mesyuarat tahunan ke-14 telah diadakan.


Mesyuarat Agung ke-14

Mesyuarat Agung Tahunan ke-14 telah diadakan pada 26 Mei 2012 yang berkesudahan Zed Zaidi terpilih sebagai Presiden 2012. Zed Zaidi mendapat 152 undian, dengan menewaskan Datuk Ahmad Tamimi Siregar (9 undi) dan Zulkifli Ismail (8 undi).Bekas presiden Datuk Mustapha Maarof menarik di saat akhir.

Beberapa pihak mempersoalkan kesahihan AGM14 Seniman ini terutama dari pihak bekas Bendahari Seniman seperti Abu Bakar Omar. Mereka yang membantah dikatakan berkumpul di Pawagam Mini P. Ramlee, Kompleks Studio Merdeka, Finas, Ampang pada 7 Jun 2012 jam 3.00 petang.

Wednesday, October 11, 2023

P Ramlee

 Tan Sri Datuk Amar (Dr.) Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh;‎ 22 Mac 1929 – 29 Mei 1973), atau lebih dikenali sebagai P. Ramlee, merupakan seorang penyanyi, pelakon, pengarah, pemuzik dan penulis lagu Malaysia. Dianugerahkan "Seniman Agung Negara" kerana jasanya yang amat besar dalam industri filem dan muzik dan hasil karya sasteranya, yang mana kerjaya lakonannya bermula di Singapura pada 1948 semasa di puncak kerjayanya, sehingga berhijrah ke Malaysia pada 1964 sehingga kematiannya, beliau dikenang sebagai ikon terkemuka dalam industri hiburan Malaysia. Kemasyhuran beliau juga berkembang sehingga ke rantau Asia Tenggara, termasuk Brunei, Indonesia serta Hong Kong dan Jepun.

Sepanjang hayatnya, beliau telah berlakon dalam 66 filem, 35 daripadanya ialah arahannya, mengarang 250 lagu dan menyanyikan hampir 30 daripadanya. Antara filem-filem terkenal P. Ramlee sebagai pelakon ialah Chinta (1948), Abu Hassan Penchuri (1955), Anak-ku Sazali (1956), Antara Dua Darjat (1960) dan Masam-Masam Manis (1965). Sebagai pengarah, antara filem-filem arahan beliau ialah Penarek Becha (1955), Pancha Delima (1957), siri filem Bujang Lapok (1957–1961), Tiga Abdul (1964) dan Jangan Tinggal Daku (1971). Laxmana Do Re Mi (1972) menandakan penampilan layar lebar terakhirnya dalam hayatnya. Kemudian dalam kerjayanya, Ramlee berlakon dalam drama Intan (1970) dan Rantau Selamat (1972). Sebagai penyanyi, antara lagu-lagunya yang terkenal ialah "Azizah", "Getaran Jiwa", "Aci Aci Buka Pintu", "Di Mana Kan Ku Cari Ganti", "Jeritan Batinku" dan "Air Mata di Kuala Lumpur" yang merupakan lagu terakhir yang dirakamkannya sebelum kematiannya.

P. Ramlee telah berkahwin sebanyak 3 kali dan dikurniakan 10 anak, yang mana 2 daripadanya ialah anak kandungnya. Beliau meninggal dunia pada 29 Mei 1973 akibat serangan jantung. Beliau menerima pelbagai anugerah dan penghargaan sepanjang kerjayanya, memperoleh beberapa kemenangan dari pelbagai badan pemberi anugerah. Antaranya ialah pengiktirafan antarabangsa seperti Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik Ke-4, Tokyo dan Bakat Paling Pelbagai di Festival Filem Asia Pasifik Ke-10, Tokyo.


Kehidupan awal

Beliau dilahirkan pada 22 Mac 1929 bersamaan 1 Syawal 1347, iaitu selepas khutbah selesai pada pagi Hari Raya Aidilfitri di Pulau Pinang. Beliau ialah anak kepada pasangan Teuku Nyak Puteh bin Teuku Karim (1902–1955) dan Che Mah binti Hussein (1904–1967). Sebelum Che Mah melahirkannya, Che Mah telah mengadu sakit perut pada sebelah paginya. Tetapi, bapanya harus menunaikan sembahyang raya. Mujurlah ibu Che Mah tinggal bersama-sama dengannya. Ibu Che Mah telah memanggil bidan dan orang ramai mula berkumpul di rumah mereka. Selepas pulang daripada menunaikan solat, Teuku Nyak Puteh mendapati anaknya telah selamat dilahirkan. Ibu Che Mah telah memanggil cucunya dengan panggilan "Ramlee" kerana kesukaran memanggil nama "Teuku Zakaria".

Teuku Nyak Puteh merupakan anak tunggal yang berasal dari Lhokseumawe, Acheh. Bapanya mengembara untuk menjadi pelayar kerana merajuk kepada salah seorang ahli keluarganya. Akhirnya, beliau berkenalan dengan ibu P. Ramlee, Che Mah yang berstatus seorang janda. Che Mah pula berasal dari Kampung Kubang Buaya, Butterworth, Pulau Pinang. Perkenalan ini telah menyebabkannya berkahwin dengan Che Mah pada tahun 1925. P. Ramlee mempunyai seorang adik-beradik tiri melalui perkahwinan pertama ibunya, iaitu Syeikh Ali. Ibunya meninggal akibat penyakit barah gusi, ketika Ramlee dalam perjalanan pulang ke Pulau Pinang.

Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan Francis Light English School. Seterusnya, beliau menyambung pelajaran di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua. Ketika beliau masih bersekolah di Penang Free School, beliau dikenali sebagai pelajar yang kemas dari segi tulisan dan mempunyai bahasa yang menarik. Pada waktu tengah hari, beliau mempelajari pendidikan Islam dan pada sebelah malamnya, beliau aktif bersukan. Guru beliau, Encik Hashim adalah bapa kepada Ahmad Daud. Setiap hari, beliau akan disuruh oleh Encik Hashim untuk menghantar buku-buku pelajar ke rumahnya. Sebelum pulang ke rumah, beliau seringkali dipelawa untuk makan di rumah Encik Hashim. Ketika zaman pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu, beliau belajar di Japanese Navy School (Kaigun Gakko) sebelum kembali ke Penang Free School apabila perang tamat. Semasa perang, Ramlee mempelajari asas muzik dan menyanyikan lagu Jepun. Sebaik sahaja perang tamat, beliau mengambil pelajaran muzik yang membolehkannya membaca notasi muzik.


Kerjaya

1945–1949: Penglibatan awal

Beliau mula meminati bidang muzik apabila melihat rakan-rakannya bermain muzik di kampungnya. Beliau mula mengumpul duit hasil upahan orang dalam usaha untuk membeli sebuah biola. Ketika beliau bersekolah di Japanese Navy School, beliau pernah menjadi ketua dalam satu batalion seramai 150 orang. Apabila pertunjukan pentas diadakan pada setiap malam minggu, beliau seringkali diundang untuk menyanyi beberapa buah lagu. Sistem pendidikan Jepun telah menyebabkan beliau menguasai bahasa Jepun dalam masa yang singkat. Pihak Jepun telah menghantarnya ke merata-rata tempat untuk mengasah kemahirannya.

Selepas selesai menunaikan solat pada waktu malam, beliau berlatih bermain muzik bersama pancaragam Sinaran Bintang Sore. Seterusnya, beliau menyertai Orkes Teruna Sekampung sebagai pemain biola, penyanyi, dan pencipta lagu. Encik Kamaruddin telah menyedari bakatnya dan menawarkan kelas bermain piano di rumahnya. Oleh kerana beliau tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya ketika sesi pengajaran, Normah iaitu anak Encik Kamaruddin telah membawa secawan kopi sebagai galakan.

Beliau mula mencuba nasib dengan menyertai sebuah pertandingan nyanyian anjuran Radio Malaya bahagian utara. Pada tahun 1945, beliau memperoleh tempat ketiga manakala tahun seterusnya, beliau disenaraikan dalam tempat ketiga. Pada tahun 1947, beliau berjaya mendapat tempat pertama sebagai Bintang Penyanyi Utama Malaya. Sejak dari itu, namanya dan Orkes Teruna Sekampung dikenali ramai di kawasan utara. Kumpulan Rayuan Asmara yang terdiri daripada pelakon-pelakon pentas bangsawan telah mengadakan pertunjukan di Pulau Pinang. Pada ketika itu, beliau berhasrat untuk melihat persembahan tersebut walaupun tidak mempunyai wang. Hasil pendapatan beliau yang diperoleh daripada majlis keramaian dan pertunjukan pentas telah dibelanjakan untuk membeli pakaian. Pernah suatu ketika, beliau terpaksa memakai baju koyak dan menutupnya dengan sehelai kot di sebelah luarnya.

Akhirnya, beliau memberanikan diri dengan memanjat pagar untuk melihat persembahan oleh kumpulan Rayuan Asmara. Kasma Booty menjadi penyanyi dalam kumpulan tersebut dan belum dikenali sebagai pelakon filem. Ahmad C.B. telah berjumpa dengan ketua Orkes Teruna Sekampung dan mencadangkan mereka bergabung dengan kumpulan Rayuan Asmara. Pada suatu pertunjukan hasil gabungan kedua-dua kumpulan, P. Ramlee telah berjumpa dengan Kasma Booty buat kali pertama. P. Ramlee juga mula berkenalan dengan pemain saksofon, Jaafar yang merupakan bapa tiri Kasma. Untuk suatu ketika, beliau tidak lagi berjumpa dengan Kasma kerana kumpulan Rayuan Asmara sentiasa berpindah dalam mengadakan pertunjukan.

Dalam tahun 1948, B.S. Rajhans, pengarah yang bekerja untuk Shaw Brothers mengesan bakat Ramlee semasa mengadakan persembahan di persembahan keroncong di Pulau Pinang. Setahun kemudian, iaitu pada 1949, Rajhans kemudian menjemput Ramlee untuk menyertai Malay Film Productions (MFP) sebagai penyanyi latar. Ramlee tidak berganjak dan berangkat ke Singapura dengan membawa bersama biolanya. Beliau menghadiri uji bakat yang diadakan di studio yang terletak di Jalan Ampas dengan menyanyikan lagu pertama ciptaannya, "Azizah". Lagu itu kemudian menjadi karya tandatangannya dan digunakan sebagai lagu latar dalam filem sulung arahannya, Penarek Becha (1955).

Filem pertama lakonan P. Ramlee ialah Chinta (1948) yang mana beliau memegang peranan sebagai penjahat dan menyumbangkan nyanyian latar. Kejayaannya terus berkembang dan telah berjaya berlakon dan menyumbangkan suaranya dalam filem seperti Nasib (1949) dan Nilam (1949) sebelum menjayakan peranan utama dalam Bakti (1950) dan Takdir Ilahi (1950). Biarpun populariti Ramlee sebagai pelakon meningkat, kerjaya muziknya juga bermula. Suaranya yang merdu melayakkan Ramlee menerima kontrak rakaman bersama Hemsley & Co. "Azizah" memperoleh keuntungan yang lumayan untuk Hemsley, yang memberi Ramlee wang sebanyak $3,000 untuk lagu-lagunya. Ramlee juga menyanyi bersama Orkestra HMV (His Master's Voice) di bawah bimbingan pengarah muzik, Yusoff B., orkestra itu beraksi untuk Radio Malaya, yang pernah disiarkan di Bangunan Cathay.


1950–1957: Kejayaan awal dan puncak populariti

Kerjaya filem Ramlee melonjak naik setelah Takdir Ilahi ditayangkan. Menurut rakan karibnya ketika itu, beliau meninggalkan MFP setelah studio itu tidak memenuhi permintaannya untuk kenaikan gaji, sementara rancangan untuk menyertai syarikat perfileman lain, Nusantara Productions, gagal. Kemudian timbul rusuhan Maria Hertogh pada Disember 1950, mendorong Ramlee untuk bertolak ke Johor Bahru di semenanjung Tanah Melayu untuk sementara waktu. Selepas itu, menerusi rakan karibnya dan pengarah Melayu pertama MFP, A. Mahadi, Ramlee menyertai semula MFP untuk membintangi filem Penghidupan, yang dikeluarkan pada akhir Mei 1951.

Selepas kembali bekerja dengan MFP, Ramlee membintangi rentetan filem terbitan studio itu - seperti Sejoli (1951), Juwita (1951), Antara Senyum dan Tangis (1952), Hujan Panas (1953) dan Panggilan Pulau (1954) - sehingga beliau mendapat kejayaan besar pertama sebagai pengarah. Pada tahun 1955, Ramlee mengarahkan filem pertamanya, Penarek Becha, di mana beliau juga turut berlakon, digandingkan bersama Saadiah. Filem ini berjaya secara komersial, mendapat ulasan dari majalah hiburan Majalah Filem dan Sukan: Pada tahun 1956, filem ini mendapat penghargaan untuk Filem Melayu terbaik, pengarah terbaik, lagu terbaik (untuk "Inang Baru") dan pelakon terbaik. Hasil arahannya seterusnya memenangi banyak anugerah di Festival Filem Asia.

Bekerja di bawah arahan pengarah filem India, Phani Majmudar, Ramlee berlakon di samping Saadiah dan Ahmad Mahmud dalam filem Hang Tuah yang berdasarkan dari kisah legenda Hang Tuah. Ditayangkan pada 28 Januari 1956, ia menjadi filem Melayu pertama yang difilemkan dalam format warna Eastmancolour. Beliau seterusnya bekerja sekali lagi bersama Majmudar dengan membintangi filem Anak-ku Sazali yang mana Ramlee melakonkan dua watak iaitu Hassan, seorang bapa penyayang dan Sazali, seorang anak yang memberontak. Menerusi filem ini, beliau memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Asia keempat di Tokyo, Jepun.


1958–1963: Pengiktirafan kritis

Pada tahun 1958, beliau muncul dengan filem ketenteraan Sarjan Hassan yang mana Ramlee melakonkan watak senama. Filem ini pada asalnya diarahkan oleh pengarah filem Filipina, Lamberto Avellana, namun Avellana menarik diri dan Ramlee mengambil alih tugas pengarahan. Ia turut dibintangi oleh Jins Shamsuddin, Salleh Kamil dan Saadiah. Dua tahun kemudian, beliau menulis, mengarahkan dan membintangi filem Antara Dua Darjat (1960) yang mengisahkan tentang hubungan percintaan Ghazali (lakonan Ramlee) dan Tengku Zaleha (Saadiah) yang menerima tentangan daripada keluarga Tengku Zaleha yang mementingkan darjat. Antara barisan pelakon filem ini ialah S. Kadarisman, Yusof Latiff, Ahmad Nisfu dan Kuswadinata. Selain filem, Ramlee turut mengarahkan penerbitan teater seperti Sultan Mahmood Mangkat Di Julang (1959), Kachip Mas (1961) dan Damaq (1952), yang dipentaskan di Happy World dan New World serta di Teater Victoria.

Ramlee juga paling menyerlah dalam komedi, ini terbukti apabila beliau mengarahkan siri filem Bujang Lapok, yang dibintangi oleh beliau sendiri bersama S. Shamsuddin dan Aziz Sattar, memjadi filem komedi beliau yang paling disukai kerana tema kesedaran sosial. Kejayaan Bujang Lapok turut membawa kepada 3 filem susulannya – Ali Baba Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok dan Seniman Bujang Lapok. Pada tahun 1962, beliau mendapat ilham daripada kebahagiaannya bersama isterinya, Saloma dengan mengarahkan filem Ibu Mertua-ku di mana Ramlee turut menulis skrip dengan melakonkan watak sebagai Kassim Slamat. Filem ini bukan sahaja menjadi kejayaan komersial, bahkan lagu temanya, "Di Mana Kan Ku Cari Ganti" mengatasi populariti filem itu. Dalam filem ini juga, Ramlee menunjukkan kemahirannya meniup saksofon. Ibu Mertua-ku memenangi anugerah bagi kategori Pelakon Paling Serba Boleh yang diperkenalkan khas di Festival Filem Asia ke-10 yang berlangsung di Tokyo, Jepun. Setahun berikutnya, beliau dan isterinya membuat penampilan khas dalam filem Hong Kong, Love Parade yang dibintangi oleh Lin Dai dan Peter Chen Ho.


1964–1973: Kesinambungan kejayaan dan penghujung kerjaya

Beliau kemudian mengarahkan, menulis dan membintangi dua filem dalam tahun 1964 – Madu Tiga dan Tiga Abdul (ditulis bersama S. Kadarisman) yang menjadi filem terakhirnya bersama Shaw Brothers sebelum berpindah ke Studio Merdeka (dimiliki oleh Ho Ah Loke dan H.M. Shah) di Kuala Lumpur pada April tahun yang sama. Keluarga Shaw bagaimanapun, tidak memutuskan hubungan mereka dengan P. Ramlee apabila mereka membeli saham besar di dalam Studio Merdeka. Pada November 1964, Ramlee dan isterinya, Saloma diundang menjayakan persembahan anekawara di Persatuan Kwong Tong bagi tabung Kaum Ibu dan Muslim UMNO.

Beliau mengarahkan filem pertamanya bersama Studio Merdeka, Sitora Harimau Jadian yang mana beliau turut menulis skrip dan berlakon.Untuk filem ini, Ramlee cuba menggunakan kesan khas, namun dengan belanjawan kecil dan bantuan sokongan yang lemah, beliau melakukan pelbagai tugasan termasuk penyuntingan. Semasa sesi pratonton filem ini di Singapura, dihadiri oleh pelakon Ahmad Daud dan Saadiah, Shaw bersaudara keluar hanya selepas 15 minit. Ia menjadi satu-satunya filem Melayu yang telah hilang dari peredarannya.

Ramlee kemudian mengarahkan 18 lagi filem bersama Studio Merdeka seperti Masam-Masam Manis dan siri filem Do Re Mi sehingga 1972. Pada tahun 1967, susulan kegagalan 3 filem terakhir selepas pemergian P. Ramlee, Malay Film Productions menamatkan operasi mereka. Setahun kemudian, syarikat rakaman yang dinaungi Ramlee, EMI memutuskan untuk tidak menyambung kontraknya apabila ia tamat. Ini memberi kejutan besar kepada Ramlee, namun beliau memutuskan untuk tidak lagi bekerja dengan EMI dalam apa jua keadaan.

Pada 21 Jun 1969, Ramlee dan isterinya, Saloma berlepas ke Medan, Indonesia bagi menyertai rombongan kebudayaan Malaysia yang berada di sana. Turut berlepas ke Medan ialah Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah, isteri Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang telah diundang khas oleh Pemerintah republik itu.

Filem terakhir beliau ialah Laxmana Do Re Mi (1972) yang merupakan filem terakhirnya bersama Studio Merdeka, manakala lagu dan lirik terakhirnya ialah "Air Mata di Kuala Lumpur" yang dinyanyikan oleh isterinya, Puan Sri Saloma selepas kematiannya. Di penghujung kerjayanya, Ramlee berlakon dalam dua siri drama televisyen, iaitu Intan (1971) dan Rantau Selamat (1972), ditulis oleh Abdullah Hussain. Ramlee bersama-sama H.M. Shah dan 3 yang lain telah menubuhkan Perusahaan Filem Malaysia atau PERFIMA, sebuah pertubuhan filem yang bertujuan untuk memajukan industri perfileman tanah air. Bagaimanapun pada akhir Februari 1973, Ramlee dan H.M. Shah dipecat dari PERFIMA berikutan perbezaan pandangan dengan pucuk pimpinan. Sebelum kematiannya, Ramlee berhasrat untuk menubuhkan syarikat perfileman sendiri untuk bersaing dengan Shaw Brothers suatu hari nanti.

Menjelang akhir hayatnya, Ramlee mengetuai rombongan artis-artis Malaysia ke Pesta Filem Asia yang berlangsung pada 14 sehingga 18 Mei 1973 di Singapura.


Kehidupan peribadi

Perkahwinan dan keluarga


P. Ramlee & Saloma

P. Ramlee telah berkahwin sebanyak tiga kali. Kali pertama beliau berkahwin dengan Junaidah Haris pada 17 September 1947 tetapi perkahwinan mereka menemui kegagalan pada 17 Oktober 1953. Perkahwinan kedua beliau ialah dengan Noorizan Mohd. Noor pada 6 Februari 1955 yang merupakan seorang kerabat diraja bagi Negeri Perak yang sanggup meninggalkan kehidupan di istana demi cintanya itu. Walau bagaimanapun, Norizan mengharapkan sesuatu yang lebih dari perkahwinan mereka tetapi beliau lebih menumpukan hidupnya kepada kerjaya seni yang menyebabkan perkahwinan mereka berakhir pada 16 Oktober 1961. Kali terakhir ialah dengan Saloma pada 21 November 1961 dalam satu majlis yang sangat sederhana bersama rakan-rakan terdekatnya.

Wanita yang mencintai beliau mempunyai sebab-sebab yang berbeza. Isteri pertama beliau, Junaidah, menyintainya ketika masih belum terkenal. Seterusnya, Norizan pula mencintainya sebagai seorang seniman dan pembikin filem yang terkenal. Walau bagaimanapun, Saloma mencintainya dengan seadanya iaitu sebagai seorang seniman dan sebagai seorang yang biasa. Perkara ini yang menyebabkan Saloma menjadi teman hidup sehati sejiwa beliau sehingga ke akhir hayat.


Anak-anak

P. Ramlee mempunyai ramai anak yang dijaga beliau dan tetapi hanya dua orang sahaja yang merupakan anak kandungnya hasil perkahwinan beliau dengan Junaidah. Anak-anak beliau banyak membantu beliau dalam kerja seperti menjadi penyanyi latar kanak-kanak (contohnya lagu Tolong Kami Bantu Kami daripada filem Tiga Abdul) dan pelakon kanak-kanak tambahan (contohnya Sazali yang berlakon sebagai anak pekerja ladang dalam Anak Bapak). Berikut merupakan anak-anak yang pernah dijaga beliau:


Mohd Nasir: Anak kandung bersama Junaidah (1953-2008)

Arfan: Anak kandung bersama Junaidah (1955-1998)

Sazali P. Ramlee: Anak angkat (lahir 1958)

Abdul Rahman: Anak tiri (anak Junaidah)

Norma: Anak tiri (anak Noorizan)

Armali: Anak tiri (anak Saloma dan A.R. Tompel)

Betty: Anak angkat

Zakiah @ Zazaloma: Anak angkat (lahir 1963)

Sabaruddin @ Badin: Anak angkat (1965-2007)

Salfarina @ Dian P. Ramlee: Anak angkat (keturunan Cina) juga merupakan seorang pelakon terkenal Malaysia.


Kematian dan legasi

P. Ramlee telah kembali ke Rahmatullah pada pagi Selasa, 29 Mei 1973 pada usia 44 tahun akibat sakit jantung semasa mahu tiba di Hospital Kuala Lumpur dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Antara yang hadir memberi penghormatan terakhir kepadanya ialah bekas Perdana Menteri, Abdul Razak Hussein yang menyifatkan pemergian P. Ramlee sebagai "satu kehilangan seorang tokoh seni yang ulung yang sukar dicari ganti". Turut hadir ialah Aziz Sattar, S. Sudarmaji dan M. Amin.

Bagi mengenang jasa dan sumbangannya, beliau menerima pingat Ahli Mangku Negara (AMN) pada 1963 sempena Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Ini menjadikan P. Ramlee sebagai bintang filem Melayu pertama menerima anugerah pingat tertinggi negara. Selain itu, beliau juga telah dianugerahkan Bintang Kebesaran Darjah Panglima Setia Mahkota oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 6 Jun 1990 yang membawa gelaran Tan Sri. Beliau turut mendapat penghargaan doktor falsafah dalam bidang seni persembahan pada tahun 2005 yang membawa gelaran "doktor". Beliau juga diberi penghormatan oleh Pemerintah Negeri Sarawak dengan penganugerahan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak atau Datuk Amar Bintang Kenyalang (Anumerta) (DA (P)) pada 2009. Anugerah tersebut telah disampaikan kepada anak angkat beliau iaitu Dian P. Ramlee.

Pada 15 Ogos 1973, iaitu hampir tiga bulan selepas kematiannya, sebuah pawagam yang dinamakan sempenanya, yang diberi nama Pawagam P. Ramlee telah dibuka secara rasmi dan beroperasi di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Ia dimiliki oleh Rumpun Filem Melayu dan dirasmikan oleh bekas Menteri Besar Selangor, Harun Idris.

Pada tahun 1982, namanya turut diabadikan pada sebatang jalan iaitu Jalan P. Ramlee (dahulunya Jalan Parry) di tengah pusat bandar raya Kuala Lumpur. Di Kuching, Sarawak juga terdapat sebatang jalan yang dinamakan Jalan P. Ramlee.

Pada 22 Mac 1986, bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-57, kediaman terakhir beliau di Jalan Dedap, Setapak telah diubahsuai dan dijadikan sebagai Pustaka Pustaka Peringatan P. Ramlee telah dibuka kepada umum secara rasmi. Pada asalnya ia merupakan bekas kediamannya, pustaka ini ditubuhkan bagi menghargai jasa dan sumbangan beliau terhadap industri seni tanah air. Ia mempamerkan memorabilia dan bahan-bahan yang berkaitan dengan P. Ramlee.

Kemudian, sempena ulang tahun ke-50 kemerdekaan Malaysia iaitu pada tahun 2007, beliau telah terpilih sebagai 10 calon terakhir bagi program Anak Gemilang Malaysia yang mengiktiraf rakyat Malaysia yang banyak memberi sumbangan kepada negara dan kejayaan dalam menaikkan nama negara di mata dunia. Pada tahun yang sama, kisah hidup beliau juga telah dipentaskan dalam satu pementasan teater muzikal dengan tajuk P. Ramlee the Musical... Hidup, Cinta dan Inspirasi. Pada tahun 2010, sebuah filem dokumentari mengenai beliau telah disiarkan di The History Channel (ASTRO Saluran 555) dan diarahkan oleh Shuhaimi Baba.

Pada 22 Mac 2017, sempena ulangtahun kelahirannya ke-88, Google Malaysia memberikan penghargaan kepada P. Ramlee dengan mengabadikan beliau dalam imej Doodle yang mana ia dipaparkan di bahagian depan enjin carian Google.

Pada tahun 2021, Kentucky Fried Chicken (KFC) memberi penghargaan khas kepada beliau dengan memperkenalkan Burger P. Ramlee — gabungan antara KFC Zinger dan makanan kegemaran Tan Sri P. Ramlee, Nasi Kandar yang mana boleh didapati melalui pelbagai pilihan À'la Carte, Kombo, Set Legenda dan Kombo Ikon.

Dari 14 April sehingga 31 Julai 2022, Fahrenheit 88 dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dan Arkib Negara Malaysia telah mengadakan pameran khas yang dinamakan Galeri P. Ramlee yang didakan di pusat beli-belah itu. Pameran ini terdiri daripada sekian banyak gambar bersejarah serta riwayat hidup mereka dalam bidang kesenian sehinggalah kepada pakaian yang asli pernah digunakan dalam filem dan pertunjukan pentas.


Bakat dan reputasi

Selain mengarah dan berlakon, P. Ramlee juga telah menggubah dan mencipta lebih daripada 250 lagu. Dikenali dengan gaya muzik yang versatil, beliau membawakan pelbagai genre termasuk jaz dan joget. Salah seorang pendorong dan guru beliau dalam dunia perfileman Melayu ialah Tan Sri L. Krishnan yang merupakan pengarah bagi filem Melayu sekitar tahun 1950-an hingga 1960-an. Gaya lakonan beliau yang amat berjaya itu ialah hasil inspirasi daripada dua pelakon yang terkenal dari India Selatan iaitu M. G. Ramachandran dan Sivaji Ganesan. Dom Moraes, yang menulis mengenai P. Ramlee dalam Asia Magazine keluaran April 1972, telah menyifatkan Ramlee sebagai "John Wayne dalam dunia perfileman Melayu".


Karya dan anugerah

Sepanjang kerjayanya, P. Ramlee telah terlibat dalam pelbagai aspek bagi filem-filemnya. Beliau telah mengarang 250 lagu dan menyanyikan hampir 30 daripadanya. Ramlee telah terlibat dalam 62 filem sepanjang kerjayanya sebagai pelakon, serta beberapa filem lain dalam kapasiti lain. Beliau juga telah menerima pelbagai anugerah dan penghargaan bagi hasil kerjanya.

Siri Bercakap Dengan jin

 Siri Bercakap Dengan Jin (SBDJ) adalah novel seram bersiri yang diterbitkan dalam majalah kecil Variasari sekitar April 1981- Januari 2005....